1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik)
itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa
hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak
kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
SAW “Ibunya.”
13. Perempuan apabila
sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak)
lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu)
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat
adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22. Dua rakaat solat dari wanita
yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum
susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari
pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan
baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah
tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.
27. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu
binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung
gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan
dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan
dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam
masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami
tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempo (2½ tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan
khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu
badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia
dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan
isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar